TERMA DAN SYARAT

 

sila baca dan fahami


PERKHIDMATAN :

Perkhidmatan yang disediakan oleh kami adalah :
i. Pengacara Majlis (Emcee)
ii. Sewaan Peralatan PA System dan Karaoke
iii. Pengurusan Acara/ Majlis
iv. Krew Teknikal

Harga dan butiran pakej telah dinyatakan dalam setiap pakej yang ada. Sila baca dan fahami kandungan dan harga setiap pakej.

Bagi perkhidmatan Pengurusan Acara dan Krew Teknikal, kami akan sediakan setelah berbincang dengan bakal pelanggan dan harga yang kami caj bergantung kepada jenis acara/majlis dan tempoh masa perkhidmatan tersebut diperlukan.



TEMPOH PERKHIDMATAN/ SEWAAN :

Secara asasnya tempoh perkhidmatan atau pakej sewaan kami adalah untuk maksimum 5 jam sahaja. Lazimnya kami akan sampai 90 minit awal untuk setup atau pemasangan peralatan kami. Dan setelah majlis/program selesai, kami akan kemas peralatan kami dengan segera.



CAJ PENGANGKUTAN :

Harga yang dipaparkan secara asasnya telah termasuk caj penghantaran dan pemasangan. Kerana itu kami tidak mengenakan caj pengangkutan secara berasingan (tiada caj tersembunyi).

Berikut adalah senarai kawasan tanpa dikenakan caj tambahan/pengangkutan: 

Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor (Mukim Ampang/ Hulu Langat/ Petaling/ Gombak/ Sepang/ Kapar)


BAYARAN TEMPAT LETAK KENDERAAN

Kami akan mengenakan caj tempat letak kenderaan jika tempat majlis tidak menyediakan parking percuma. Caj akan dikenakan pada hari majlis berlangsung dan pelanggan perlu membayarnya berserta baki bayaran pakej yang diambil.



PENGGUNAAN PERALATAN KAMI :

Anda perlu faham bahawa peralatan kami hanya untuk vocal sahaja dan memainkan lagu menerusi laptop/smartphone sahaja. Peralatan kami tidak boleh sama sekali digunakan untuk live band, busking atau dikir barat. 



KEWAJIPAN MENYEDIAKAN MEJA DAN TEMPAT BERBUMBUNG :

Sebagai pelanggan anda perlu menyediakan meja bersaiz 3x6 dan dua kerusi untuk kegunaan pihak kami. Dan kedudukan meja tersebut hendaklah berdekatan dengan punca elektrik (tidak lebih 15 meter).

Anda juga harus faham peralatan kami sangat sensitif dengan panas dan hujan, maka anda perlu memastikan tempat tersebut terlindung daripada panas dan hujan (bahasa mudahnya berbumbung).

Sila ke channel youtube untuk tengok video bagaimana setup untuk sesebuah majlis, kedudukan meja dan speaker.

Link Youtube:



DEPOSIT TEMPAHAN :

Deposit dikenakan untuk locked tarikh. Jika ada lebih dari satu pelanggan berminat menggunakan perkhidmatan kami pada tarikh dan masa yang sama, hanya pelanggan yang membuat bayaran deposit terawal sahaja yang akan kami locked tarikh.



PENANGGUHAN MAJLIS :

Penangguhan majlis/program hendaklah dimaklumkan 21 hari sebelum majlis bermula (tarikh asal) dan tarikh baru hendaklah dimaklumkan 30 hari sebelum majlis/program diadakan. Kegagalan berbuat demikian, tempahan akan terbatal dengan sendirinya dan deposit tidak akan dikembalikan.



PEMBATALAN TEMPAHAN :

Pembatalan tempahan tidak dibenarkan sama sekali. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan membatalkan tempahan.



TEMPOH SAH SEBUTHARGA :


Sebutharga yang diberikan oleh kami mempunyai tarikh tamatnya (lazimnya 7 hari selepas sebutharga diberikan). Tempahan boleh dibuat dalam masa 7 hari tersebut. Sekiranya telah tamat tempoh sebutharga tersebut, maka ia tidak lagi boleh digunapakai dan anda dikehendaki mendapatkan sebutharga yang baharu.



TEMPOH SAH PROMOSI :

Jika anda menerima harga promosi daripada kami atau menbaca pada mana-mana ruangan yang ada dalam laman web ini/ FB/ IG dan lain-lain, maka sebagaimana promosi lazim yang ada di luar sana, ia mempunyai tarikh tamatnya. Harga yang ditawarkan dalam promosi tersebut tidak lagi boleh digunakan untuk tempahan selepas tarikh tamat promosi tersebut.



DEPOSIT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN :

Sekali lagi dinyatakan di sini, kami tidak akan membuat pemulangan deposit jika berlaku sebarang pembatalan tempahan. Anda adalah dianggap telah bersetuju dengan perkara ini sekiranya telah membuat tempahan dan membuat bayaran deposit.



TERMA & SYARAT TAMBAHAN LAIN :

Pada bila-bila masa kami berhak menambah atau menukar kandungan terma dan syarat ini tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis kepada pelanggan. Terutama jika ia merujuk kepada keperluan semasa dan juga berdasarkan tempahan yang dilakukan oleh pelanggan. 



PENERIMAAN DAN PERSETUJUAN :

Anda adalah dianggap telah membaca dan menerima serta telah bersetuju dengan kandungan terma dan syarat ini sekiranya telah membuat pembayaran deposit tempahan.

Jika anda tidak bersetuju, maka anda tidak perlu membuat pembayaran deposit tempahan.



NOTIS PENTING :

Kami tidak sesekali memaksa anda untuk membuat tempahan dengan kami. Malah jika anda hanya ingin membuat survey untuk membuat perbandingan harga, kami sangat alu-alukan. Oleh itu, anda tidak boleh menyatakan kami membuat paksaan kepada anda untuk membuat pembayaran deposit.


0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Adsense

Jumlah Pelawat

Intro

PASYSTEMMURAH.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu muslim yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Youtube

RAKAMAN SUARA DEEJAY/EMCEE KAMI SEMASA MENJALANKAN TUGAS DI MAJLIS PERKAHWINAN

Kerap Dibaca

Copyright © PASYSTEMMURAH.COM | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com