Ad Code

DJ KENDURI KAHWIN - SEWAAN PA SYSTEM KARAOKE DEEJAY

TEKS MAJLIS AKAD NIKAH

   


TEKS EMCEE MAJLIS AKAD NIKAH

NAMA PENUH BAKAL PENGANTIN L & P

 

Bismillahirrahmannirrahim ….

 

Orang ke laut menjala udang,

Petang hari pasang pelita,

Yang ditunggu sudah pun datang,

Yang dinanti sudah pun tiba.

 

Bersama-sama kita saksikan bakal pengantin perempuan, NAMA PENUH BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN mengambil tempat di pentas singgahsana. Dipersilakan.

 

(PENGANTIN PEREMPUAN AKAN BERJALAN KE PELAMIN – LAGU IRINGAN “ ……………………………” )

 

**TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK, BARULAH MULAKAN ACARA

 

Hari ini menugal jagung,

Hari esok memintal tali,

Hari ini kita berkampung,

Meraikan mempelai dua sejoli.

 

Yang dihormati Encik dan Puan (nama penuh ayahanda dan bonda kepada bakal pengantin perempuan) serta Encik dan Puan (nama ayahanda dan bonda bakal pengantin lelaki), selaku tuan rumah bersama kepada Majlis Pernikahan pada hari ini. Yang diraikan bakal mempelai NAMA BAKAL PENGANTIN L & P, YBrsh. Tuan Imam (nama penuh jurunikah)ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan kedua-dua bakal mempelai, serta hadirin hadirat para tetamu yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian.

 

Selamat datang ke Majlis Pernikahan NAMA BAKAL PENGANTIN L & P

 

Marilah bersama-sama kita mulakan majlis yang penuh berbahagia ini dengan bacaan umul kitab, al-fatihah.

 

 

Orang jauh dikenang-kenang,

Hanya terkenang pada yang satu,

Mula berkenalan kemudian bertunang,

Akad dilaksana sama bersatu.

 

Dengan itu tanpa melengahkan masa, majlis diserahkan kepada YBrsh. Tuan Imam (nama penuh jurunikah)untuk memimpin majlis akad nikah. Dipersilakan.

 

(MAJLIS AKAD NIKAH AKAN DIPIMPIN SEPENUHNYA OLEH JURUNIKAH)

 

** SELESAI ACARA AKAD NIKAH DAN LAIN-LAIN URUSAN DOKUMENTASI, BARU EMCEE AKAN MENGAMBIL ALIH SEMULA MAJLIS

 

Berdua mencari renda,

Dapat satu di Inderagiri,

Doa daripada ayahanda bonda dan juga keluarga,

Agar masjid kekal berdiri.

 

 

Majlis diteruskan dengan acara penyerahan mas kahwin dan menyarungkan cincin sebagai simbolok membatalkan wuduk. Dipersilakan kepada NAMA PENGANTIN L untuk mengambil tempat di pelamin. Dipersilakan.

 

(SESI PENYERAHAN MAS KAHWIN)

 

Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah sempurna segala adat.

 

Demikianlah tadi majlis akad nikah NAMA BAKAL PENGANTIN L & P. Bersama-sama kita doakan agar mahligai yang dibina ini akan berkekalan selamanya dan pasangan pengantin baru dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

 

Hadirin sekalian, acara kita diteruskan dengan sesi menjamu selera. Dengan itu saya bagi pihak keluarga tuan rumah menjemput dan mempersilakan kepada keluarga rombongan, ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, serta hadirin semua untuk menikmati hidangan yang telah pun disediakan. Juga dijemput kepada pasangan PENGANTIN BARU, NAMA PENGANTIN L & P untuk ke meja utama. Dipersilakan.

 

(MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGAHARI)

 

** LIVE PERFORMANCE OLEH …………………………

 

Seterusnya, kita akan teruskan acara dengan sesi memotong kek. Dipersilakan kepada pasangan pengantin baru, NAMA PENGANTIN L & P untuk menuju ke meja kek. Dipersilakan.

 

(PENGANTIN BERJALAN KE MEJA KEK)

 

** PERGERAKAN DAN SESI MEMOTONG KEK DIIRINGI LIVE PERFORMANCE OLEH …………………………

 

Seterusnya, hadirin sekalian kita akan teruskan acara kita dengan sesi bergambar bersama keluarga dan para tetamu. Terlebih dahulu dijemput kepada NAMA PENGANTIN L & P untuk mengambil semula tempat di pelamin. Dipersilakan.

(PENGANTIN BERJALAN KE PELAMIN)

Untuk sesi bergambar, sebagai permulaan dipersilakan kepada :

i.           Keluarga pengantin L

ii.         Keluarga pengantin P

iii.       Saudara-mara

iv.       Kenalan

 

(SESI BERGAMBAR)

 

** BOLEH EDIT LIST DENGAN LETAKKAN NAMA (JIKA PERLU)

 

Orang membelat di tepi pantai,
Banyak dapat ikan tembakul,
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.

 

Hadirin sekalian, demikianlah tadi telahpun sempurna perjalanan majlis akad nikah NAMA PENGANTIN L & P. Bagi pihak keluarga tuan rumah, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian anda semua memeriahkan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini.

 

Selesai meriah majlis acara,
Perkara baik jadi pedoman;
Andai ada terlanjur bicara,
Salah silap harap dimaafkan.

 

Sekian, wabillahi taufik walhidayah… Wassalamualaiakum wbt.

  

Aturcara

7.00 am - Make Up Preparation (Bath, Breakfast, etc.)

9.00 am - Start Make Up Session.

10.00am - Make Up Session Finished.

10.30 am - Arrival of guests

Arrival of the Groom and family

10.45 am- Arrival of Tok Kadi, Witnesses

11.00 am - Nikah ceremony & prayer reading

11.30 am - Sarung Cincin

12.00 noon - Lunch (Live Performance)

12.30 pm - Cutting cake session (Live Performance)

1.00 pm Photo Session with Family, Relatives and Friends

2:00pm End of event


Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/601162099363


Terima kasih.

❤️ Emcee Adam Yang Ensem ❤️

Catat Ulasan

0 Ulasan

PROMISI 2023

PROMOSI 2023