Rabu, April 20, 2022

Karaoke Di Perkahwinan - Adakah Suatu Idea Yang Bagus? -


Karaoke Di Perkahwinan - Adakah Suatu Idea Yang Bagus? - 

Karaoke dalam perkahwinan adalah subjek yang agak tabu. Anda menyebut perkataan 'perkahwinan' dan 'karaoke' dalam ayat dan semua orang nampaknya mempunyai pendapat yang cukup kuat sama ada itu perkara yang baik atau buruk! 

Ia adalah satu yang rumit; sesetengah orang merasakan bahawa ia adalah sedikit berlebihan untuk perkahwinan, manakala yang lain tahu bahawa keluarga dan rakan mereka akan benar-benar menikmati suasana dengan adanya aktiviti berkaraoke dan mempunyai jumlah keseronokan yang menakjubkan. Walaupun ia mungkin bukan sesuatu yang anda akan pilih secara peribadi, namun jauh di sudut hati, anda merasakan aktiviti karaoke perkahwinan adalah idea yang bagus jika ia disusun atur dengan sebegitu baik. 

Sebagai insan yang kerap mengendalikan majlis-majlis perkahwinan, sama ada dalam dewan yang indah dan melibatkan jemputan VVIP, hingga la ke majlis di kawasan perkampungan pinggir bandar, aktiviti lazimnya diadakan dengan secara kerap oleh mereka yang melakukan majlis perkahwinan secara gotong royong (rewang). Dan dalam lelah bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis, para penanggar/ pasukan rewang akan menggunakan masa renggang yang ada untuk saling menghiburkan dan menaikkan mood suasana sesuatu majlis.

Bagi majlis yang diadakan di dewan-dewan orang ramai/ serbaguna, situasinya juga hampir sama. Sekalipun menggunakan khidmat katerer dan pramusaji, masih ada ahli keluarga dan sahabat handai yang selalu bertanya kepada kami, "Ada karaoke?". Lazimnya kami memilih jawapan yang selamat, "Maaf, hari ini tidak ada karaoke atas permintaan pengantin". Kerana kebiasaannya tempahan perkhidmatan/ sewaan peralatan kami dibuat oleh pengantin sendiri.

Manakala jika majlis di dewan majlis perkahwinan yang eksklusif dan gah, kebiasaannya pasangan mempelai atau keluarga lebih selesa memasang lagu-lagu yang lembut. Bagi mereka yang penting ada muzik tetapi selesa bagi orang yang ingin berbual-bual di meja tetamu. Ada juga yang mengupah live band/ busker untuk mengadakan persembahan. Ia bergantung kepada citarasa masing-masing.

Bagi kami, selagi mana ada tempahan pastinya akan kami penuhi. Dan kami akan susun atur waktu yang bersesuaian untuk aktiviti berkaraoke supaya majlis tidak tenggelam dengan aktiviti tersebut. Kami akan berikan keutamaan kepada aturcara utama seperti ketibaan pengantin, merenjis, potong kek dan ucapan.

Maklumlah, sekali orang dapat mic untuk berkaraoke, kalau boleh dua tiga lagu dia nak nyanyi sekali gus. Kalau kami tak bijak kendalikannya, bimbang ramai pula yang terpaksa menunggu lama giliran untuk menyanyi.

Jika anda bakal pengantin atau ahli keluarga pengantin, nak kami serikan majlis anda dengan aktiviti berkaraoke, sila hubungi kami menerusi whatsapp :

https://wa.me/601162099363




Pakej kami sangat berpatutan. Pelbagai jenia lagu yang kami sediakan. Jadi, apa tunggu lagi? Hubungi kami segera.

Perkhidmatan ini ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Tempahan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Copyright © PASYSTEMMURAH.COM | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com