Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363.
(NAMA PENGANTIN LELAKI)
&
(NAMA PENGANTIN PEREMPUAN)
Hadiri sekalian marilah bersama-sama kita memberi tumpuan di pintu masuk utama akan ketibaan pengantin.
(BUNYI KOMPANG DAN PENGANTIN BERJALAN SAMPAI KE PINTU GERBANG)
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih
Diiringi alunan selawat (tertakluk kepada perubahan), sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; ; (NAMA PENGANTIN LELAKI) & (NAMA PENGANTIN PEREMPUAN).
(PENGANTIN BERJALAN MENUJU KE PELAMIN)
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Yang dihormati (NAMA AYAH DAN IBU PENGANTIN – TUAN RUMAH) selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; (NAMA PENGANTIN LELAKI) & (NAMA PENGANTIN PEREMPUAN), yang dihormati (NAMA AYAH DAN IBU PENGANTIN – ROMBONGAN), ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian.
Selamat datang diucapkan ke Majlis Perkahwinan ; (NAMA PENGANTIN LELAKI) & (NAMA PENGANTIN PEREMPUAN)
Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan
Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
……………………………………………..
Dipersilakan.
(BACAAN DOA – 5MINIT)
Terima kasih diucapkan di atas kesudian memimpin bacaan doa sebentar tadi.
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis merenjis air mawar/ salam restu (tertakluk kepada perubahan).
(MERENJIS/ SALAM RESTU - MUZIK INSTRUMENTAL PERKAHWINAN DIMAINKAN)
Dengan itu, saya menjemput :
· Keluarga ROMBONGAN (list perlu disediakan)
· Keluarga TUAN RUMAH (list perlu disediakan)
Demikianlah tadi, acara merenjis air mawar/ salam restu yang disempurnakan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab
Majlis diteruskan lagi dengan acara makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin untuk menuju ke meja utama bagi menikmati hidangan yang disediakan, dipersilakan.
(MAKAN BERADAB)
Untuk ke acara seterusnya, majlis dengan ini menjemput pasangan mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
(PENGANTIN MEMOTONG KEK)
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Sesi kita diteruskan dengan secara santai dan bergambar bersama para tetamu, kepada para tetamu yang ingin bergambar bersama dengan pengantin, suka saya mengingatkan supaya kita sama-sama mematuhi SOP yang ditetapkan. Jika boleh, gantikan aktiviti bersalaman dengan pengantin dengan meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri sebagai tanda hormat. Bersama kita mengekang penularan wabak covid yang sedang melanda negara kita.
Dengan itu, saya menjemput terlebih dahulu untuk sesi bergambar:
· Keluarga ROMBONGAN (list perlu disediakan)
· Keluarga TUAN RUMAH (list perlu disediakan)
(SESI SANTAI & FOTOGRAFI BERSAMA TETAMU)
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.
Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363
0 Ulasan