Al-Fatihah.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ
وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ
وَجْهِكَ اْلكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ
وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا
مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ
وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى
الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami
berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad
rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Ya Allah,
pada hari yang penuh dengan keberkatan ini, kami berhimpun di sini sebagai
tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan …………………… dan ……….……………
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga
ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan
berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke
akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.
Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan
keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup
berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh
dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami menyedari bahawa Engkau telah
menjadikan semua makhluk ciptaanMu berpasangan. Benarlah firmanMU, Maha suci
Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada
dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang
mereka tidak mengetahuinya.
Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada
kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah satu
daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah iman, ikatan
kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak
dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin yang diraikan
hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram sentiasa. Jalinkahlah
perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan
belas ihsan.
Ya Allah Ya Tuhanku, hanya
kepada-Mu kami bermohon dan berharap. Amin amin rabbal alamin.
0 Ulasan