Selasa, Mac 09, 2021

Takut Buat Tempahan? Baca Dulu



Assalamualaikum, hi semua

Ok, dekat sini abam nak share something. Tak dinafikan ada seorang dua bakal client yang bila nak survey, nak ajak jumpa. Sebenarnya kami tak pernah jumpa client atau bakal client. Semuanya kami jumpa masa event/wedding. So far semuanya ok, berjalan dengan baik.

Anda yang baru nak mengenali kami perlu faham kami ni bukan butik andaman yang anda datang ke butik sebab nak tengok satu persatu baju² yang ada. Atau kami bukan pihak katerer yang anda nak kena buat food testing dulu.

Kami ni hanyalah penyedia perkhidmatan pa system dan karaoke. Kami buat freelance, tak ada butik dan tak ada studio ke apa. Kami buat freelance, ya freelance. Barang² pa system kami tak besar mana, jadi disimpan dalam rumah saja dan tidak memerlukan kedai/stor. Jadi, kena faham kenapa kami tak ada butik/kedai/store.

Walaupun begitu, video² dan gambar² pa system dan aktiviti karaoke semasa event/wedding dah kami upload dalam FB/IG/Youtube kami. Pakej, harga, terma dan syarat pun kami dah letakkan dalam website dan juga dipaparkan dalam whatsapp kami. Boleh tengok semuanya di situ.

Kami beroperasi sejak 2017, belum pernah lagi ada yang cakap kami ni SCAMMER. Sejak 2017, ok saja buat tempahan menerusi facebook/sms (sebelum adanya whatsapp). Dan kini bila dah ada IG dan whatsapp dah ada, makin mudah nak buat survey dan tempahan.

No ini (011-62099363) kami gunakan sejak dulu lagi. Jika risau SCAMMER, boleh cuba check melalui laman web PDRM

https://ccid.rmp.gov.my/semakmule




Anda boleh masukkan no telefon bimbit atau no akaun untuk semakan SCAMMER. Jika risau takut kena tipu, maka kami tak paksa anda membuat tempahan dengan kami. Anda bebas membuat survey. Malah tak perlu buat tempahan jika ragu-ragu.

Pakej kami ni paling mahal pun RM600, deposit tempahan pula antara RM150-RM200 bergantung kepada tarikh/pakej yang diambil. Deposit ni diambil sebab kita nak locked date. Janji mulut ni dah tak boleh nak digunakan zaman sekarang, esok lusa senang² macam tu tempahan dibatalkan jika hanya janji mulut sahaja.

Btw, Insyaallah, kalau nak juga jumpa sebab nak discuss aturcara majlis dan teks emcee, kita boleh jumpa. Tapi hanya bagi client yang dah buat tempahan dan majlis yang nak diadakan mempunyai protokol² tertentu untuk dipatuhi. Tapi kami kena faham, kami akan caj milage dan consultation fee (wajib). Sama juga jika nak buat raptai/rehersal, kami akan kenakan caj untuk sesi raptai juga.

Kenapa? Sebab kami bergerak tetap nak kena isi minyak dan bayar tol. Dan kami juga dah luangkan masa kami untuk berjumpa, berbincang dan buat rehersal. Itu semua masa kami dan keringat kami, maka wajarlah kami caj.

Semoga penerangan ni dapatlah difahami dengan baik oleh anda yang mungkin akan menjadi bakal client kami. Dan kepada yang lain² pula, jangan risau, anda tak perlu membuat tempahan dengan kami jika risau kena SCAM atau DITIPU. Senang kan?

Thanks

❤️ Emcee Yang Hensem ❤️

0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Adsense

Jumlah Pelawat

Intro

PASYSTEMMURAH.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu muslim yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Youtube

RAKAMAN SUARA DEEJAY/EMCEE KAMI SEMASA MENJALANKAN TUGAS DI MAJLIS PERKAHWINAN

Kerap Dibaca

Copyright © PASYSTEMMURAH.COM | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com