Rabu, Mac 31, 2021

Corat-Coret Pagi Rabu


 

Assalamualaikum wbt.. Hi anda semua!

Kami menyediakan perkhidmatan bakat, tidak menjual rupa.

Kami menyediakan perkhidmatan Emcee. Namun atas sebab tertentu, kadang-kala Emcee kami terpaksa bertindak sebagai Deejay/Sound Man. Walhal sepatutnya tidak begitu.

Emcee adalah Pengacara Majlis. Bukan Event Cordinator, bukan juga Floor Manager. Apatah lagi Event Planner.

Kami menjaga kualiti perkhidmatan kami.

Setiap kali event/majlis, kami akan berkomunikasi dengan pihak yang membuat tempahan/pengantin.

Paling penting aturcara/perjalanan majlis. Atas pengalaman yang ada kami kerap juga menasihatkan pelanggan tentang majlis mereka.

Contohnya pemilihan lagu yang bersesuaian.

Kadang-kala pelanggan kami adalah pengantin sendiri. Jiwa muda. Jadi kami faham.

Lagu² romantik memang menjadi trend dan pilihan.

Tetapi jika kami sampai di lokasi majlis, dan yang hadir adalah pelbagai peringkat lapisan umur, atau tema majlis adalah melayu tradisional dengan pengantin memakai busana songket melayu, maka wajar kami nasihatkan kesesuaian pemilihan lagu.

Kami juga akan sentiasa peka dengan perubahan perjalanan majlis.

Kadang-kala make up siap lambat, keluarga rombongan tersangkut dalam kesesakan dan pelbagai masalah lain, maka kami perlu sentiasa bertindak bijak semasa mengendalikan majlis.

Kadang-kala pelanggan tidak ada aturcara, kami nasihatkan pelanggan aturcara bersesuaian mengikut standard perkahwinan.

Pernah juga pelanggan tidak ada pembaca doa, kami bacakan teks doa perkahwinan yang standard.

Lazimnya kami nasihatkan pengantin memanggil Ustaz untuk memimpin bacaan doa. Itu lebih afdhal.

Melangsungkan perkahwinan ini suatu ibadah. Maka sebaiknya doa² untuk hari² bahagia seperti ini dibacakan oleh orang alim seperti ustaz/imam masjid.

Semoga penulisan kali ini memberi sedikit sebanyak input-input berguna kepada bakal pelanggan kami atau bakal pengantin yang akan menggunakan perkhidmatan kami.

Keraplah berhubung dengan kami yang berkaitan dengan pakej yang diambil. Insyaallah setiap pertanyaan akan dijawab sebaiknya dan setiap apa² yang berkaitan dengan majlis akan diambil maklum.

Sayonara. Bye!

Wassalam.

Emcee Kahwin 01162099363


0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Adsense

Jumlah Pelawat

Intro

PASYSTEMMURAH.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu muslim yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Youtube

RAKAMAN SUARA DEEJAY/EMCEE KAMI SEMASA MENJALANKAN TUGAS DI MAJLIS PERKAHWINAN

Kerap Dibaca

Copyright © PASYSTEMMURAH.COM | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com