02 Februari 2021

Utama / Umum / KALENDAR DAN TEMPAHAN 2021

KALENDAR DAN TEMPAHAN 2021

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera. 


Kepada bakal pelanggan kami,


Bagi memudahkan anda membuat tempahan perkhidmatan yang disediakan, kami telah menyediakan kalendar yang mengandungi tarikh yang masih kosong untuk tempahan. Sila lihat pada sudut kanan/bawah web ini atau klik link kalendar di bahagian menu atas web ini untuk melihat kalendar tersebut.




Jika anda melihat pada kalendar yang disediakan, pada setiap weekends akan ada slot yang masih kosong dan ada yang tertera "FULLY BOOKED". Ini bermaksud tidak ada kekosongan slot lagi pada tarikh yang tertera "FULLY BOOKED". Manakala bagi tarikh yang masih kosong dan tidak ada sebarang catatatn, maka ia masih terbuka untuk tempahan.


Selepas anda mendapati tarikh tersebut kosong, anda boleh meneruskan tempahan dengan menggunakan borang yang disediakan di laman web kami. 


Isikan butiran yang dikehendaki dan buat bayaran ke akaun yang dinyatakan. Atau anda juga boleh whatsapp kepada kami untuk membuat tempahan. Ianya terpulang kepada anda untuk membuat tempahan menggunakan kaedah mana yang lebih bersesuaian dan memberi keselesaan kepada anda.


Setelah membuat pembayaran deposit, sila whatsapp resit/slip bank kepada kami sebagai bukti bayaran telah dilakukan. Pihak kami akan membuat verifikasi dan locked date setelah bayaran disahkan. Tarikh yang kami locked akan terus keluar dalam kalendar tersebut.

https://wasap.my/601162099363

Terima kasih.


Deejay Kahwin Emcee Majlis Perkahwinan Direktori Vendor Perkahwinan Malaysia #1 Mahligai Impian Majlis Perkahwinan Emcee Deejay PA System Karaoke Pelamin Andaman Katering Canopy Dewan Perkahwinan Butik Pengantin PA System Murah Berpatutan PA System Perkahwinan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

YOUTUBE