30 Disember 2020

Utama / artikel / blog / PA System / pakej / TEMPAHAN SEWAAN PA SYSTEM DEEJAY KEMBALI RANCAK

TEMPAHAN SEWAAN PA SYSTEM DEEJAY KEMBALI RANCAK

  


Alhamdulillah. Industri perkahwinan boleh menarik nafas lega setelah majlis perkahwinan dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 50% jumlah yang boleh dimuatkan dalam sesebuah dewan/canopy.


Job deejay/ sewaan pa system karaoke pun dah mula masuk dengan baik. Start dari dua minggu lepas dan hingga ke akhir Januari sekurang²nya dah ada satu job setiap minggu. Weekend ini siang dan malam tempahan diterima. Terima kasih atas kepercayaan anda semua.


Mungin next year kami hendak kembangkan sedikit operasi bisnes ini. Jika dapat operasi diperluaskan ke Negeri Sembilan, Melaka dan Bentong, Pahang. As long jarak perjalanan tidak melebihi 2 jam. Sebagai permulaan kami hanya akan terima untuk job deejay/ emcee saja.


Nak bawa barang² pa system untuk job luar kawasan dengan perjalanan jauh, rasanya belum boleh lagi. Biar kita buat dengan kemampuan dan keupayaan yang ada. Orang kata slowly but surely





Kepada anda semua yang nak buat event/ majlis, boleh roger kami. Kita boleh runding harga jika kena pada tarikh dan tempatnya.


Kami layan semua sms/whatsapp secara saksama. Sepertimana kami pernah beritahu sebelum ini, tidak ada sebarang halangan untuk anda membuat survey. Tetapi kami juga tidak akan locked sesuatu tarikh tanpa pembayaran deposit tempahan.


Konsepnya mudah, jika ada dua atau lebih pertanyaan/permintaan quotation diterima, tidak ada jaminan anda mengambil kami. Maka dalam hal yang sama, kami juga tidak boleh memberi apa² jaminan jika tarikh anda telah ditempah oleh orang lain terlebih awal.


Untuk kandungan pakej, terma dan syarat boleh kunjungi laman web rasmi kami, atau boleh terus whatsapp kami.


Antara kelebihan kami adalah kami tidak mengenakan caj pengangkutan setakat ini. Pada kami jika perjalanan kurang 45 minit, tidak ada keperluan untuk kami caj pengangkutan. Hanya jika ada caj parking saja barulah kami caj semula kepada client (terutama caj parking di hotel/shopping complex).


Semoga kita dapat bekerjasama dalam majlis anda nanti.


Jangan lupa whatsapp kami.


https://wasap.my/601162099363

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

YOUTUBE