Selasa, November 17, 2020

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

 

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Perkahwinan merupakan satu peristiwa bersejarah yang tidak wajar dilupakan
oleh seseorang yang beriman.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja.

(Surah al-Nisaa’: 3)

Sementara Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Adalah Nabi s.a.w. memerintah kami berkahwin dan menegah kami daripada membujang dengan tegahan yang keras. Dan sabda Baginda: Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak.

(HR. Imam Ahmad)

Islam juga memberi panduan yang jelas bagi seseorang lelaki memilih jodoh. Namun begitu, Islam lebih mengutamakan perempuan beriman kerana hanya keimanan saja dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Janganlah wanita itu dikahwini kerana kecantikannya mungkin kecantikannya menyebabkan dia berperangai buruk. Dan jangan pula kerana kekayaannya kerana mungkin kekayaannya menyebabkan dia menjadi sombong dan tetapi kahwinlah wanita itu kerana agamanya. Dia seorang hamba yang hitam kulitnya tapi bersih agamanya adalah terlebih utama.

(HR. Baihaqi)

Adakah anda faham apakah yang dimaksudkan dengan nikah? Nikah dari segi bahasa ialah ikatan atau simpulan. Manakala, menurut istilah syarak, ia bermaksud suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta tolong-menolong antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan mahram.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku.

(HR. Ibnu Majah)

 

Terdapat empat hukum nikah yang perlu diketahui oleh pasangan pengantin. Berikut adalah hukum-hukum nikah tersebut.

 Semoga kita semua mendapat manfaatnya. Artikel diambil daripada

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/perkahwinan-menurut-islam/

0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Adsense

Jumlah Pelawat

Intro

PASYSTEMMURAH.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu muslim yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Youtube

RAKAMAN SUARA DEEJAY/EMCEE KAMI SEMASA MENJALANKAN TUGAS DI MAJLIS PERKAHWINAN

Kerap Dibaca

Copyright © PASYSTEMMURAH.COM | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com